TINGGALKAN SEJENAK DUNIA SEDIAKAN WAKTU UNTUK MENGENAL TUHANMU
“Antal Maut Qoblal Maut”
KAADIHUN ILAA ROBBIKA dan FA AQIM WAJ’HAKA LID DIINI HANIIFAH
” Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu harus berusaha dengan usaha yang sungguh-sungguh untuk bertemu dengan Tuhanmu, sampai kamu bertemu dengan-Nya “. ( QS Al Insyiqoq 84 : 6 )
Abu Huroiroh r.a. meriwayatkan bahwa Rosululloh Solawlohu Alayhi Wasallam bersabda, “Alloh Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: Apabila hamba-Ku senang untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun senang untuk bertemu dengannya. Dan jika dia tidak suka untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun tidak suka untuk bertemu dengannya.” (HR. Imam Malik, hadits shahih)
Bismillahir Rohmanir Rohimi
Disini saya coba membuka tabir/rahasia dari tehnik zikir & tafakur, bila dilakukan dengan ikhlas secara rutin akan membuka tabir rahasia alam malakut. (catatan : bila anda telah melaksanakannya dengan benar dan menyaksikan /merasakan /memgalami sesuatu atas ridho Alloh maka pesan saya jangan ceritakan kepada siapapun, ambil dan terima kebaikan tersebut hanya untuk anda sendiri, bila anda merasa harus bertanya (di diskusikan) silahkan anda bisa menghubungi saya melalui email) “PERHATIAN : bila ragu ?? jangan dilakukan” (Silahkan di Copy Paste)
Membuka Rahasia Diri melalui ILMU,TEKNIK PERNAFASAN & TAFAKUR.”
“Membina kekuatan jiwa,mental dan penyembuhan penyakit zahir dan batin”
Firman Alloh Subhanahu Wa Ta’ala
“Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)… “(al-Baqoroh: 152)
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menysucikan segala kekotoran pada qolbu sehingga qolbunya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qolbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultoni yaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikir tajam dan kreatif.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasawuf sebagai zikir nafas, akan memberikan kesan yang lebih hebat.
Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah).
Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesehatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah pada berbagai penyakit.
Zikir Nafas juga dapat merawat gangguan halus sama ada dari sihir atau pun jin ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala iblis atau sihir tidak dapat menembusinya lagi setelah ia sembuh.
Rawatan energi zikir juga akan menumpukan pengumpulan tenaga zikir pada qolbu untuk mengeluarkan syaitan dari dalam darah. Apabila tenaga zikir terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala tenaga yang rendah (jin dan syaitan) tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit.
(Zikir Nafas)
Setiap kita yang hidup mesti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam sifat al hayat. Kita boleh hidup tanpa mata, telinga, tangan dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak bisa hidup tanpa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku kerana qudrot dan irodat dari Alloh. Dan nafas berada di dalam qudrot dan irodat Alloh.
Di mana permulaan dan letaknya nafas ini?
Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita yaitu di antara pertalian ibu dan anaknya. Mula terjadi benih diperut ibu ialah di bagianPUSAT. Di situlah mulanya nafas dan dari situ bermula benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna.
Dimanakah letaknya rahasia diri kita yang sebenarnya?
Letaknya rahsia diri kita ialah di atas PUSAT (jaraknya dua jari diatas pusat). Kerana di situlah mulanya kejadian kita. Dan situlah letaknya pengenalan kita pada Alloh. Untuk mencapai ke maqom tersebut ada 3 tahap atau latihan yang perlu kita lakukan.
-Menfanakan diri (mematikan diri)
-Mengqasadkan diri dalam afal Alloh (perbuatan Alloh)
-Mengqasadkan diri dalam ilmu Alloh (pengetahuan Alloh)
Pengetahuan Alloh amat luas dan tidak terbatas.
Kalau Dia tidak berpengetahuan, munkinkah terjadi segala sesuatu ini? Tentu tidak akan terjadi.
Mustahil kalau Alloh itu tidak tahu. Adapun pengetahuan manusia makhluk tetap terbatas. Sedang Alloh Yang Maha Ada, justeru Dialah yang mencipta akal dan pengetahuan.
Dan kunci/pokoknya amalan ini ialah: Lahawlawala quwwata illa billahil aliyyil azhim
Tahap 1
Mematikan diri dengan cara mengumpulkan segala nafas kita di bahgian qolbu (maqomnya alam malakut) lalu ditarik ke atas di bahgian ubun-ubun kepala (maqomnya alam jabarut) sambil tarik nafas dan bila sudah sampai kebahgian umbun-umbun kepala lalu tahan nafas untuk seketika. Selepas itu turunkan/lepaskan nafas hingga kebagian 2 jari di atas PUSAT (maqomnya alam lahut) lalu tahan nafas untuk seketika. Kosongkan pikiran dan tumpukan pada point iaitu 2 jari di atas PUSAT. Rasakan pada waktu itu kewujudan kita telah tiada yang ada hanya Alloh. Selepas itu ambil nafas seperti biasa seketika dan lakukan lagi latihan 1.
Tahap 2
Mengqasadkan diri kita pada pergerakan Alloh yaitu segala gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tetapi adalah gerakan Alloh. Kembali pada pokoknya Lahawlawala quwata illabillahil aliyyil azhim. Bahawasanya apa saja gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tapi adalah qudrot dan irodat Alloh.
Misalnya: Kita lakukan latihan 1 dan bila sampai saja di point (PUSAT) kita bermohon pada Alloh agar memberi kita pergerakan . Dan selepas itu serahkan segala-galanya pada gerakan Alloh jangan dipikirkan apakah gerakan yang hendak kita lakukan. Pergerakan ini boleh digunakan dalam membantu mereka yang dalam kesusahan seperti scan tubuh pesakit. Kosongkan pikiran kita dan biarkan tubuh kita beregrak dengan sendirinya. Waktu itu bukan kita lagi yang mengawal tubuh kita tetapi adalah dari gerakan qudrat iradat Allah. Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa itu adalah af’al Alloh (perbuatan) dari pada Alloh Subhanahu Wa Ta’ala
Tahap 3
Mengqasadkan diri kita di dalam ilmu Alloh yatu segala apa yang akan berlaku semuanya adalah di dalam ilmu dan ketentuan Allah. (LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-ALIYYIL AZHIM) Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan(daya dan kekuatan) Alloh Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Hadis Rosululloh Solawlohu Alayhi Wasallam
LA TATAHARROKU DZARROTUN ILLA BI IDZNILLAHI.
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Alloh.
Untuk mencapai tahap yang sempurna harus perbanyakanlah kita beribadah kepada Alloh kerana semakin kita dekat dan mesra dengan Alloh semakin tinggi dan menyerahlah apa yang kita tuntut ini.
Di dalam mengamalkan amalan ini janganlah ada sifat sombong, riya, takabbur, hasad dengki di dalam diri kita kerana sekiranya ada salah satu darisifat-sifat ini di dalam diri kita maka amalan ini tidak akan menjadi kerana ilmu ini juga berada di dalam qudrot irodat Alloh. Serahkan segala-galanya pada urusan Alloh kerana kita adalah manusia yang lemah yang tiada daya dan kekuatan.
Perhatian: Lakukan cara amalan ini harus diterangkan dengan sempurna sebelum dipraktikkan. Segala penerangan di atas khusus bagi yang pernah ikut serta latihan Motivasi & Meditasi. Jadilah manusia yang mulia di muka bumi ini dan mempunyai sifatkasih sayang terhadap segala makhluk.
Siapa yang mengenal dirinya, tentu dia mengenal Tuhannya dan siapa yang tidak mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar